Monday, July 6, 2009

Kanak-kanak yang hiperaktif


Daripada pengalaman saya selama 25 tahun berhubung masalah kanak-kanak,masalah hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik kanak-kanak walaupun di negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.Keadaan ini dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal dan didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8 tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi tidak terkawal. Anak tak mendengar kata, asyik dengan aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.

Semakin negara kita menunjukkan kemajuan sosio ekonomi,serta proses ke arah urbanisasi yang pesat,masalah kanak-kanak yang tidak terkawal menjadi lebih ketara.Ini membayangkan bagaimana perkembangan jiwa kanak-kanak telah berjaya dicemari oleh pengaruh-pengaruh negatif daripada pemakanan,persekitaran, suasana keluarga dan masyarakat.Proses modenisasi telah mengubah gaya hidup masyarakat dan keluarga menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan kanak-kanak.Ini telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan kerohanian,mental dan juga fizikal mereka.

Kebanyakan kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri sindrom hiperaktif lazimnya dibawa berjumpa para profesionalmenjelang usia 5 tahun.Mereka sudah terlalu kuat sehingga ibubapa mula cemas memikirkan bagaimana anak ini hendakmenyesuaikan diri di sekolah sedangkan tadika pun tidak mampumengawal dan melatihnya.Bagaimana pula masa depan mereka?

Ibubapa sedar bahawa keadaan ini telah mula membenih dari mereka kecil lagi,mungkin disedari semenjak anak berusia 2 tahun lagi.Ada yang telah merasakan pergerakan janin yang terlalu aktifsejak dalam kandungan lagi dan dari bayi tersebut dilahirkan ibu telah merasakan keunikan dari segi tingkah lakunya.

Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang ditakrifkan sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan.Ini memerlukanriwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian perkembangan intelek dan emosinya.Kaunseling yang intensifdiperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan olehpara profesional di klinik.Ini memerlukan kesabaran,pengorbananmasa,tenaga dan kewangan.Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yangterlibat perlu dijalinkan.

Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku(behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan di bekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyaimasalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta berkemas hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu di kikis. Redalah dengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan progrem pemulihan.

Matlamat rawatan adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan . Dari masa kesemasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan .

Pencegahan amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. Pasangan ibubapa perlu sedar akan betapa pentingnya kesihatan kerohanian,mental dan fizikal mereka sendiri untuk menghindar penyakit-penyakit pada zuriat mereka.Saya sarankan agar mereka menimbulkan kekhuatiran mereka tentang sesuatu keadaan penyakit yang boleh melibatkan janin atau anak mereka dalam sesi kaunseling dengan para profesional. Janganlah dibiarkan fikiran terlalu dipenuhi oleh sifat cemas dan was was dengan adanya keadaan-keadaan seperti Sindrom Hiperaktif, Sindrom Down, Autisme,kecacatan dan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh anak orang lain. Dapatkan penjelasan dan kaunseling dari para profesyenel yang arif. Insyaallah dengan ilmu,sikap yang positif serta amalan hidup yang sihat,keadaan sebegini dapatlah dihindarkan.

Berdoalah sentiasa agar dianugerahi zuriat yang sempurna. Lakukanlah apa yang dituntut oleh ALLAH s.w.t dan juga RASULULLAH s.a.w dan jauhilah daripada kesemua larangan yang dituntut oleh hukum syarak.

Tuesday, June 30, 2009

Ten Tips - Exam techniques



Tests and exams are a regular part of the school environment. It is important that exams be kept in proportion - they are important, but not the end of the world. Some things can be done to make exams a more valuable, worthwhile and less threatening experience for students.

  1. Have all necessary material with you
    You can't borrow items such as pens, pencils, rulers or special equipment while in an examination.
  2. Have a relaxing night before your exams
    Have an early night, and try to have a healthy breakfast.
  3. Read the entire paper.
    Where you have choices, decide which ones you plan to answer.
  4. Plan your time.
    Spend some time drafting a plan for the questions you choose to answer.
  5. Jot down ideas as they come to you.
    While you are answering one question, information about another may suddenly occur to you. Jot it down somewhere because when you come to that question perhaps an hour later, you may have forgotten it.
  6. Don't leave any questions unanswered.
    If you are short of time, use note form. Remember, you can only be marked on the answers you give.
  7. Never leave the room early.
    If you have time at the end, go over your work, add information (eg in the margin). You can't return if you suddenly remember a fact after you have left.
  8. Do not spend too long on multiple choice questions.
    With multiple choice questions it is best to cover the answers and work out your own before looking at the choices on paper. If you can't answer the question come back to it later - have a guess.
  9. Never omit an entire question.
    No matter how well you answer other questions, you must leave time for all questions - a perfect answer can still only earn a certain number of marks. If you write nothing, you can't receive any marks and you have lost all your marks for a particular question. Write something - it may at least give you a few points.
  10. Maintain a stable energy level.
    Eating foods such as chocolate bars before an exam might give you an energy boost to begin with but your blood sugar levels will drop within an hour and your energy will plunge dramatically, making it hard for you to concentrate.


widgets

Saturday, June 27, 2009

Apakah hukum solat Jumaat?

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an. Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

Berapakah jumlah jemaah yang harus ada untuk menunaikan solat Jumaat dan adakah ia hanya bolah dilakukan di dalam Masjid sahaja?

Menurut ke-empat-empat mazhab, jumlah jemaah bagi menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:
1. Mazhab Syafi’i dan Hambali, jumlah jemaah terendah adalah 40, tidak termasuk imam.
2. Mazhab Maliki pula adalah 12, tidak termasuk imam,
3. Mazhab Hanafi pula, jumlahnya adalah 3, tidak termasuk imam.

Solat Jumaat boleh dilakukan dimana-mana, selagi mana jumlah tersebut

Apakah keuzuran daripada mendirikan solat jumaat?

Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.

Apa yang harus dilakukan lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat atas sebab-sebab tertentu?

Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut.

Bolehkah seorang muslimah menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat sejurus selepas azan berkumandang atau haruskah dia tunggu selepas selesainya Solat Jumaat dan khutbahnya?

Mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat seperti wanita dan mereka yang uzur tidak perlu menunggu sehingga selesainya solat Jumaat untuk melakukan solat Zuhur. Solat Zuhur boleh dilakukan sejurus selepas azan berkumandang.

makan baik untuk minda

Berikut adalah formula pemakanan para genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:

1. MADU : Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " Shifa " iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar " Raja Ubat ". Secara keseluruhannya, ia adalah makanan untuk kesihatan, mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mempunyai pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium,(kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat berbahaya!

2. KISMIS : Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Cara Makan : 1. Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. 2. Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3. SUSU SEGAR :Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam belas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Cara Minum: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.

4. TELUR : Bermanfaat untuk menambahkan kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat, mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

5. HALIA : Ia sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. Cara Minum: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6. LIMAU OREN : Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Rasullah S.A.W. Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7. BUAH DELIMA :Untuk penerang hati. Sabda Rasullah S.A.W :

" Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerankan hatinya selama 40 hari."

8. DAGING BURUNG MERPATI :Banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak dan menjadi kaedah yang sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9. OTAK AYAM : Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10. DAGING AYAM : Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

11. DAGING BIRI-BIRI : Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12. HATI : Terutamanya hati ayang dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13. KEKACANG : Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14. BUAH BADAM : Untuk meningkatkan kecerdasan.

15. ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) :Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16. KEMENYAN PUTIH ( Kemenyan serani/luban/kundar ) : Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17. BUNGA KOBIS : Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18. BUNGA CENGKIH : Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19. LABU : Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Di sarankan jika membuat sup ( atau kuah ), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20. BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI ) : Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21. MINYAK SAPI : Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR :Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA